Merajut Cinta Di Mojito Bay

Mojito Bay, Athens Greece
Autumn menjelma barulah ada masa menaip kisah Summer😆, bayangkan setiap minggu berenang, berjemur di pantai dengan terik mentari 'wajah cerah pun bertukar gelap gelita bak malam tanpa suluh'. Penat berbaur malas menaip. Belum lagi keluar jalan-jalan, minum kopi berjam-jam bagai ada musyawarah terpenting untuk dibincangkan walhal, hanya bicara santai saling mendalami jiwa yang kadang terlalu dalam sedalam lautan Pacific sambil menghirup fredo capuchinno dan dirinya fredo espresso.

Begitulah kehidupan.

Beberapa pantai dan pulau kami jejaki, hanya untuk slow down time. Sesederhana apakah hidup manusia di negara ini? Saya belajar banyak hal disini 'nikmati hidup apa adanya, tanpa perlu sibuk akan hal orang lain'. Namun, dikitaran yang lain mereka terlalu risau tentang kebahagiaan. Hampir semua kenalan yang saya temui bertanya jika semuanya baik-baik saja, bahagia? keluarga di Sabah semua okay? dan bla bla bla. Jangan hanya cinta tetapi, Agape. Begitulah kata-kata mereka, agape. 
Mojito Bay, Athens Greece
Jangan hanya terperap di rumah sepanjang minggu, tidak baik untuk emosi. Kadang saya memaksakan kaki malas ini untuk melangkah berjalan-jalan sendiri di avenue. Orang disini sangat menitik-beratkan emosi, sedangkan anjing peliharaan pun wajib keluar rumah 3,4 kali seminggu. Tidak boleh terkurung. Eh, apalagi saya yang manusia ini. Wajib. Begitulah kehidupan on weekdays. 

Lalu, apa cerita menarik saya sepanjang musim panas? banyak! pantai, pulau, gunung. Mojito Bay salah satu pantai yang paling banyak kali kami pergi. Dimana ada laut disitu ada orang, jangankan pantai, tebing laut yang tinggi pun penuh dengan manusia. Kami memilih Mojito Bay kerana pantainya tidak terlalu luas seakan-akan private beach tetapi, masih ramai manusia. View pergunungan dan setiap lima, enam minit kapal terbang melintas di udara kerana ia berhampiran dengan airport. Melihat kapal terbang, rindu pula hati ini dengan yang namanya 'pulang kampung'. Namun, kemungkinan besar saya tidak akan balik kampung tahun ini. Urusan green card saya masih dalam proses, semoga selesai sebelum tahun ini berakhir. Minggu lalu saya baru siap urusan ke tax department Athens. Baiklah 'kuikuti prosesnya', santai saja.
Mojito Bay, Athens Greece
Jarak dari rumah ke Mojito Bay memakan masa selama satu jam, agak jauh tetapi berbaloi dengan suasana dan pantai pasir berbanding pantai berhampiran kota Athens, kebanyakan pantai berbatu. Terkadang saya malas ke pantai tapi, untuk terperap didalam rumah tidaklah menarik. Lebih baik pergi ke pantai sambil menghirup cappuchino sejuk. Kadang-kala terserempak dengan orang Asian. Bertemu dengan orang Asia yang sama warna kulitnya, seakan-akan bertemu dengan keluarga sendiri. Auto berkomunikasi dan menjadi mesra. Selama saya berada disini, saya baru bertemu dengan seorang Indo dan berteman dengannya. Ketika berada di KK, sangat berharap bertemu dengan orang putih😂😂bila berada di negara mereka, semua yang kau rindu hanyalah mereka yang hidungnya biasa-biasa saja😂😂

Selepas puas berada dipantai, singgah pula ke tavern untuk makan. Terkadang saya mengharapkan makan satu menu saja tetapi, 'this is how Greeks eat' katanya, sambil bangga tunjuk satu meja penuh dengan makanan untuk dua orang. Jangan bimbang 'walaupun kau gemuk, saya tetap sayang'...namun, itu adalah kata-kata kasanova dan saya tidak percaya😂saya harus kekal ramping hahaha.
Mojito Bay, Athens Greece
Saya harus berhenti menaip sekarang, jika tidak tulisan ini akan menjadi cerpen dengan tiba-tiba terselit kata monolog dan perbualan antara dua insan. Menulis cerpen pernah menjadi kegemaran saya, sejak zaman pen dan buku lagi. Jangan saja tiba-tiba ada cerpen 'merajut cinta di Mojito Bay', cinta mengajariku melihat dengan cara memejam dan mengerti tanpa perlu penjelasan. chiiiing! semoga jatuh cinta dengan tulisanku. 

Berbahagialah.

Cewah!

Catat Ulasan

0 Ulasan